Permohonan Pengambilan KHas guru JUlai 2021 melalui mySPP

Permohonan pengambilan khas guru ambilan Julai 2021 kini dibuka. Calon-calon yang berkelayakan boleh memohon melalui MySPP bermula 7 Julai 2021. Seramai 18,702 kekosongan akan diisi secara berperingkat bermula Oktober 2021.

Pengambilan kali ini merupakan pengambilan dalam bilangan tertinggi setakat ini. Kekosongan yang akan diisi adalah seperti berikut:

Sekolah RendahSekolah Menengah
Bahasa InggerisBahasa Melayu
SejarahBahasa Inggeris
Pendidikan KhasPendidikan Islam
Pendidikan Agama IslamPendidikan Khas
Teknologi Maklumat & KomunikasiReka Bentuk & Teknologi

Jumlah kekurangan guru tertinggi bagi tahun terkini 2021 ialah Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor.

SYARAT PENGAMBILAN KHAS GURU JULAI 2021

Calon-calon yang memohon mesti mematuhi semua syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebelum mengemukakan permohonan pengambilan khas guru secara one-off ambilan Julai 2021, semak syarat berikut:

  1. Calon merupakan warganegara Malaysia.
  2. Sihat tubuh badan: Tahap kesihatan yang baik dan telah mendapat pengesahan.
  3. Umur tidak melebihi 35 tahun.
  4. Keputusan SPM kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
  5. Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda.
  6. Semaka secara online, http://www2.mqa.gov.my. Pastikan ijazah sarjana muda atau diploma telah mendapatan pengiktirafan MQA.

Cara Mohon Pengambilan khas guru Gred dg41

  1. Log masuk ke Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (MySPP).
  2. Klik pada bahagian ‘Jawatan Dimohon’, kemudian klik sub-menu ‘Jawatan SPP’ dan klik sub-menu ‘Jawatan PDRM/LAIN.’
  3. Pilih jawatan pada ruang ‘Jawatan Yang Layak Dipohon,’ klik ‘>>’ bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’
  4. Jika pemohon ingin membatalkan permohonan jawatan yang telah dipohon, sila pilih jawatan tersebut di ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’ dan tekan butang ‘<<.’
  5. Pemohon perlu memilih Pusat Temuduga / Ujian Khas daripada senarai yang diberikan.
  6. Kemudian tekan butang ‘Simpan’ untuk menyimpan maklumat yang telah diisi.
  7. Klik pada bahagian ‘Pengakuan Pemohon’ dan pastikan semua maklumat yang telah diisi adalah betul.
  8. Klik pada kotak ‘Saya setuju’ dan tanda ‘√’ akan dipaparkan dalam petak yang berkenaan.
  9. Kemudian, klik butang ‘Hantar.’
  10. Pemohon dibenarkan memohon seberapa banyak jawatan yang ditawarkan.
  11. Walau bagaimanapun, pemohon dinasihatkan supaya memilih jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan akademik yang dimiliki serta berminat dengan jawatan yang dipilih

Sebaiknya pemohon menggunakan komputer atau komputer riba untuk memohon / mengemas kini permohonan. Penggunaan peranti mudah alih hanya dapat digunakan untuk tujuan semakan sahaja.

Talian Hotline mySPP

  • Urusan Pengambilan 03-8893 4019 / 4020
  • Urusan Teknikal 03-8893 4021 / 4022
  • Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP): https://spp.spab.gov.my/

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 Putrajaya
Tel : 03-8000 8000
Faks : 03-8871 7499
E-mel : [email protected]

Artikel Berkaitan: –

Leave a Comment