Keldai Akaun Boleh Ditangkap, Didakwa Dan Dihukum

Dalam tempoh 7 bulan ini, sebanyak 25,000 akaun keldai sudah dikesan. Menurut sisten Komisioner Mazelan Paijan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, bilangan pesalah ini telah meningkat dengan ketara terutamanya dalam kalangan pekerja am, pekerja kilang, pelajar serta suri rumah.

Apa itu keldai akaun?

Akaun keldai merupakan satu akaun bank yang pemiliknya membenarkan akaun tersebut digunakan oleh pihak ketiga untuk transaksi kewangan yang tidah sah.

Sidiket Scammer kebiasaannya akan menggunakan akaun individu lain untuk menjalankan aktiviti jenayah komersil. Mangsa mudah terpedaya dengan tawaran upah lumayan mencecah ribuan ringgit untuk membuka atau menyerahkan akaun bank bagi kegunaan pihak ketiga.

Terdapat juga ejen yang menjadi orang tengah dalam perbuatan jenayah ini. Ejen ini berperanan mengumpulkan kad ATM atau akaun untuk dijual kepada sindiket penipuan Macau Scam, pinjaman dan pelaburan tidak wujud.

Hukuman Ke Atas Keldai Akaun

Jangan sesekali terlibat dengan agensi yang menawarkan perhidmatan sewa atau pinjam akaun untuk apa juga aktiviti. Sekiranya didapati bersalah, pemilik akaun akan dikenakan hukuman:-

  • Penjara selama 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
  • Akaun bank tersebut juga akan disekat dan sebarang transaksi perbankan tidak boleh lagi dilakukan.
keldai-akaun

cara mengatasi TRANSAKSI TIDAK SAH

Memberi pinjam atau membenarkan agensi atau individu lain menggunakan akaun bank kita merupakan satu jenayah komersil. Sama ada diupah untuk memberikan akaun, diperdaya dan lain-lain faktor, itu tetap menjadi satu kesalahan.

Modes operandi sindiket yang menyalahgunakan akaun juga berubah-ubah untuk mengelak dikesan pihak berkuasa. Jadilah bijak! Berikut merupakan cara-cara untuk mengatasi diri daripada menjadi keldai akaun. Jangan sesekali:-

  1. Serahkan kad ATM anda kepada orang lain.
  2. Benarkan akaun bank anda digunakan oleh pihak ketiga.
  3. Mudah percaya dengan tawaran wang kerana menggunakan akaun anda.
  4. Dedahkan maklumat perbankan peribadi, nombor akaun dan nombor PIN anda.

Cara semak akaun keldai

Anda boleh semak nombor akaun yang terlibat melalui ccid.rmp.gov.my/semakmule untuk melihat sama ada akaun itu pernah disiasat atau sebaliknya. Jika ragu-ragu, hubungi BNMTELINK melalui bnm.my/LINK

Leave a Comment