Janji temu kwsp secara online SEBELUM KE KAUNTER

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), para pelanggan perlu membuat janji temu KWSP secara online sebelum ke kaunter mana-mana cawangan. Melalui janji temu ini, pelanggan dapat menjimatkan masa dan tidak perlu beratur panjang untuk berurusan.

Mulai 1 Julai 2020, kaunter perkhidmatan KWSP telah mewajibkan ahli membuat temu janji untuk sebarang urusan. Rancang janji temu dengan mudah dalam talian. Ketahui juga cara untuk mohon, membuat semakan, batal atau tukar tarikh janji temu.

Pastikan ahli yang berurusan di kaunter mendaftar masuk (check-in) menggunakan aplikasi MySejahtera. Imbas kod QR dan periksa suhu badan sebelum memasuki premis KWSP.

Mohon Janji Temu KWSP Secara Online

Permohonan janji temu yang boleh dibuat melalui portal KWSP www.kwsp.gov.my. Klik pautan Janji Temu Online. Sekiranya pelanggan menghadapi kekangan untuk membuat janji temu dalam talian, hubungi Pusat Panggilan Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000 untuk membuat permohonan janji temu.

Ahli KWSP boleh membuat permohonan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum waktu kunjungan ke kaunter. Janji temu masih boleh dibuat 1 jam sebelum ahli ke kaunter, bergantung pada tarikh dan waktu slot temu janji yang diminta.

Waktu Operasi Kaunter KWSP Dalam Tempoh PKP

Semua kios KWSP akan beroperasi bermula jam 8.30 pagi. Kaunter akan ditutup pada pukul 4.30 petang pada hari bekerja tertakluk kepada SOP yang ditetapkan. KWSP menggalakkan ahli untuk berurusan secara dalam talian melalui i-Akaun bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan melalui Janji Temu adalah seperti berikut:

  • Pengeluaran Umur 50, 55 dan 60 Tahun
  • Pengeluaran Kematian dan Kesihatan – Penyakit Kritikal 
  • Penyerahan Arahan Bayaran (PO) dan cek jurubank pengeluar

Sekiranya benar-benar ada keperluan untuk hadir di cawangan, patuhi SOP yang ditetapkan. Jalani pemeriksaan suhu, daftar masuk melalui aplikasi MySejahtera, amalkan penjarakan sosial semasa berada di dalam premis KWSP.

Tukar atau batalkan tarikh janji temu

Ahli boleh menukar tarikh atau membatalkan janji temu yang telah dibuat selewat-lewatnya 8 jam sebelum tarikh yang ditetapkan.

Permohonan penukaran atau pembatalan janji temu boleh dibuat menerusi pautan yang disertakan dalam notis pengesahan permohonan yang akan dihantar melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sekiranya ahli terlambat atau tidak hadir pada tarikh dan masa yang dijadualkan, janji temu akan terbatal dan ahli tersebut perlu membuat permohonan semula.

Leave a Comment